Generasi ketiga (BH6; 2016–kini) Proton_Persona

Proton Persona (BH)
KelasKereta subpadat (B)
Stail badanSedan 4 pintu
Maklumat selanjutnya: Proton Persona (BH)

Proton Persona generasi ketiga (BH) dilancarkan pada Ogos 2016.[7] Ia dibina berasaskan pelantar Proton Iriz yang dipanjangkan dan berkongsi enjin 1.6-litre VVT dan struktur asas yang sama seperti Iriz, tetapi bahagian luarannya direka semula bagi memberikan persona yang tersendiri.[8] Bahagian dalaman Persona BH kebanyakannya tidak berubah berbanding Iriz, kecuali skema dwiwarna baharu.

Persona BH diklasifikasikan satu kelas lebih rendah daripada Persona CM, tetapi ia menawarkan lebih ruang kepala, ruang kaki yang setanding dan but yang jauh lebih besar.[8] BH baharu juga lebih berkuasa, lebih jimat minyak dan lebih canggih daripada CM lama.[9]

Ia merupakan model terkini yang membawa falsafah USP baharu Proton iaitu 'keselamatan mampu milik', dan kesemua varian Persona BH dianugerahkan 5 bintang penuh oleh ASEAN NCAP.[10]

Anugerah dan pengiktirafan

    • Kereta Kompak Terbaik - Anugerah Pilihan Pengarang Carsifu 2016[11]
    • Model Paling Meningkat dari Segi Kecekapan Bahan Api - Anugerah Kereta Tahunan (COTY) Malaysia 2016[12]
    • Kompak Sedan (Pemenang Gangsa) - Anugerah Pilihan Ramai Carlist.my 2018[13]

Rujukan

WikiPedia: Proton_Persona http://www.goauto.com.au/mellor/mellor.nsf/carfami... http://www.newpersona.proton.com/ http://www.carbase.my/proton/persona http://paultan.org/2007/08/15/proton-persona-proto... http://paultan.org/2008/08/26/proton-persona-se-no... http://paultan.org/2010/03/18/proton-persona-elega... http://paultan.org/2013/11/30/proton-persona-sv-la... http://paultan.org/2016/08/23/2016-proton-persona-... http://paultan.org/2016/08/23/2016-proton-persona-... http://paultan.org/2016/08/23/video-2016-proton-pe...